Asif bin Barkhiya (آصف بن برخيا), Asif dengan huruf sod (ص) bukan sin (س). Beliau ialah anak saudara (dari sisi perempuan) Nabi Sulaiman Alaihi wassalam atau sepupunya. Bertugas sebagai penulis di zaman pemerintahan Nabi Sulaiman Alaihi wassalam sekaligus menteri.
Juga sebagai kawan rapat dan pengawal Nabi Sulaiman yang sentiasa mengikut ke mana Nabi Sulaiman pergi dan beliau antara perunding/jurucakap utama bagi kerajaan Nabi Sulaiman Alaihi wassalam.
Seorang yang soleh, abid dan dikatakan mengetahui Ismu Allah yang Maha Agung sehingga amat mustajab doanya. Setengah riwayat nama beliau ialah Astum (أسطوم), Yalikha (يليخا), Natura (ناطورا), Asaf (أساف), Barkiyah (بركية), dalam Ibrani disebut Benyahu (بنياهو). Manusia dari kaum Bani Israel bukan golongan jin.
Reruntuhan Pilar Kerajaan Saba |
Beliaulah yang memindahkan Istana Ratu Balqis dari Kerajaan Saba’, Yaman ke Palestin dengan doanya yang mengandungi Ismu Allah yang Maha Agung. Kisah ini dirakamkan dalam al-Quran, Surah Al-Naml ayat 38-41:
قَالَ يَا أَيُّهَا الْمَلأ أَيُّكُمْ يَأْتِينِي بِعَرْشِهَا قَبْلَ أَنْ يَأْتُونِي مُسْلِمِينَ (٣٨) قَالَ عِفْريتٌ مِنَ الْجِنِّ أَنَا آتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَنْ تَقُومَ مِنْ مَقَامِكَ وَإِنِّي عَلَيْهِ لَقَوِيٌّ أَمِينٌ (٣٩) قَالَ الَّذِي عِنْدَهُ عِلْمٌ مِنَ الْكِتَابِ أَنَا آتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَنْ يَرْتَدَّ إِلَيْكَ طَرْفُكَ فَلَمَّا رَآهُ مُسْتَقِرًّا عِنْدَهُ قَالَ هَذَا مِنْ فَضْلِ رَبِّي لِيَبْلُوَنِي أَأَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُ وَمَنْ شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ رَبِّي غَنِيٌّ كَرِيمٌ (٤٠) قَالَ نَكِّرُوا لَهَا عَرْشَهَا نَنْظُرْ أَتَهْتَدِي أَمْ تَكُونُ مِنَ الَّذِينَ لا يَهْتَدُونَ (٤١)
"Dia (Sulaiman) berkata (kepada golongan bijak pandainya): “Wahai pegawai-pegawaiku, siapakah di antara kamu Yang dapat membawa kepadaKu singgahsananya sebelum mereka datang mengadapku Dalam keadaan berserah diri memeluk Islam?” (QS An Naml Ayat 38).
"Berkatalah Ifrit dari golongan jin: Aku akan membawakannya kepadamu sebelum Engkau bangun dari tempat dudukmu, dan Sesungguhnya Aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah”. (QS An Naml Ayat 39).
"Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari ahli Kitab Allah: Aku akan membawakannya kepadamu Dalam sekelip mata!” setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisiNya, berkatalah ia: “Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku Adakah Aku bersyukur atau Aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. dan (sebenarnya) sesiapa Yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa Yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana Sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah”. (QS An Naml Ayat 40).
Dia (Sulaiman) berkata (kepada orang-orangnya): Ubahkanlah keadaan singgahsananya itu, supaya kita melihat Adakah ia dapat mencapai pengetahuan Yang sebenar (untuk mengenal singgahsananya itu) atau ia termasuk Dalam golongan Yang tidak dapat mencapai pengetahuan Yang demikian”. (QS An Naml Ayat 41)
Mula-mula jin ifrit yang menawar diri kalau dia bisa memindahkan sebelum Nabi Sulaiman berdiri dari singgahsananya, akan tetapi seseorang manusia yang berilmu dari kalangan ahli kitab yang bernama Asif menawar diri untuk memindahkan istana Balqis sebelum Nabi Sulaiman berkedip. Ini menunjukkan bila mana seorang manusia itu menjadi seorang yang alim, soleh dan berilmu maka ia akan menjadi lebih hebat dari jin. Kisah ini boleh dirujuk dalam kitab tafsir yang menjelaskan orang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari kitab Allah ialah Asif bin Barkhiya.
Tentang apakah doanya itu, kata Mujahid radiallahuanhu:
يا ذا الجلال والإكرام.
(Yaa dzaljalai wal ikrom)
(Yaa dzaljalai wal ikrom)
Manakala Zuhri radiallahuanhu berkata:
يا إلَهَنَا وَإلَهَ كُلِّ شَيْءٍ، إلَهًا وَاحِدًا، لا إله إلا أنت، اِئْتِنِي بِعَرْشِهَا.
"Wahai Tuhan kami, tuhan kepada semua makhluk, tuhan yang esa, tiada tuhan selain Allah. Datangkan kepadaku istana Balqis."
Sisa reruntuhan Istana Kerajaan Saba |
Balqis ialah Balqis binti Syarahil (بلقيس بنت شراحيل) yang memerintah Yaman pada kurun ke 10 sebelum Masehi dan menjadikan Saba’ sebagai ibu kotanya. Kerajaan ini menyembah matahari, melalui risikan salah seorang tentera Nabi Sulaiman iaitu burung hud-hud baginda Nabi mengetahui wujudnya kerajaan besar di Yaman Selatan. Sekarang masih terdapat puing-puing istana Balqis dan juga masih wujud golongan jin dari zaman Balqis menetap disana.
Tambahan:
Berikut asmak Asif:
"Allahumma, ya hayyu ya qoyyum, yaa dzal jalali wal ikrom," bihaqqi ahyan syaroohiyan adunaaya ashbauti ali syadaya."
Allahumma = Wahai Allah Tuhanku
Ya Hayyu Ya Qoyyum = Wahai Dzat Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus makhluk-Nya
Ya Dzal Jalali wa Al-Ikram = Wahai Dzat Yang Agung dan Mulia
Dalam kitab Al Aufaq karya Imam Al Ghazali diterangkan konon ashif memindahkan istana ratu Balqis ke hadapan Nabi Sulaiman menggunakan asmak ini sebelum nabi Sulaiman mengedipkan matanya, mengalahkan kemampuan Ifrit.
Wallahua’lam.
Semoga bermanfaat,
DK
DK
Berikut asmak Asif:
"Allahumma, ya hayyu ya qoyyum, yaa dzal jalali wal ikrom," bihaqqi ahyan syaroohiyan adunaaya ashbauti ali syadaya."
Allahumma = Wahai Allah Tuhanku
Ya Hayyu Ya Qoyyum = Wahai Dzat Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus makhluk-Nya
Ya Dzal Jalali wa Al-Ikram = Wahai Dzat Yang Agung dan Mulia
Dalam kitab Al Aufaq karya Imam Al Ghazali diterangkan konon ashif memindahkan istana ratu Balqis ke hadapan Nabi Sulaiman menggunakan asmak ini sebelum nabi Sulaiman mengedipkan matanya, mengalahkan kemampuan Ifrit.